October 12, 2007

Lebih Ruangan Dengan GMail

Hari nie, Google telah melakukan sedikit perubahan pada laman GMail mereka, dimana mereka telah melakukan sedikit perubahan pada kod countdown ruangan emel. Berikut merupakan kod yang diubahsuai:

Gmail COuntdown

Dan mungkin ramai tertanya-tanya apakah maksudnya. Saya menjumpai jawapannya pada blog Googlified dimana setiap baris membawa maksud berlainan;

2. 2912MB menjelang Oktober 11, 2007
3. 4.2GB menjelang 23 Oktober 2007
4. 6GB menjelang Januari 4 2008
5. 42GB menjelang tahun 2038

Aku masih tak mengetahui bagaimana cara kiraan mereka, namun begitu, ianya merupakan berita yang amat mengembirakan. Selain daripada itu, untuk mengesahkan perkara ini, Google juga telah mengubahsuai pelan storage berbayar yang diperkenalkan pada bulan Ogos lalu kepada ruangan yang lebih besar.

Google Paid Storage New

Mungkin ini merupakan serangan balas Google terhadap storan tanpa had yang diberikan oleh Yahoo! dan juga storan sebanyak 5GB yang diberikan oleh Hotmail.

2 Responses to “Lebih Ruangan Dengan GMail”

Post A Comment


Rahsia Online OneBytes Hosting

carian

iklaneka

websosial

mybloglog