October 8, 2007

Musang Berapi - Firefox Versi Bahasa Malaysia

Baru sebentar tadi aku terjumpa plugin terbaru untuk Firefox iaitu plugin Bahasa Malaysia. Ya, ia mengubah hampir keseluruhan antaramuka browser Firefox anda kepada Bahasa Malaysia. Bagi yang sudah biasa menggunakan Firefox berbahasa English, mungkin anda tidak akan menghadapi sebarang masalah ketika melayari internet menggunakan Firefox-MS (walaupun mungkin bler buat seketika).

Musang Berapi

Sekiranya anda ingin mencubanya, anda boleh memuat turun di laman Pakatan Firefox-MS atau menggunakan link dibawah yang mana di upload oleh saya.


Muat Turun (Beta Tester Only
Pek Bahasa Malaysia Untuk Firefox

Selepas selesai muat turun, buka Mozilla Firefox anda dan seterusnya klik pada File > Open File > Pilih fail yang telah dimuat turun tadi.

Walaubagaimanapun, aku rasa para pengguna akan lebih gembira sekiranya bahagian HELP pada Mozilla Firefox dapat diterjemah kepada bahasa Malaysia. Apa yang aku dapati, ialah cuma dua perkataan sahaja yang diterjemah pada bahagian HELP dan bakinya masih dalam bahasa English.

Musang Berapi

8 Responses to “Musang Berapi - Firefox Versi Bahasa Malaysia”

Post A Comment


Rahsia Online OneBytes Hosting

carian

iklaneka

websosial

mybloglog