Mungkin ramai dah tau pasal kisah semalam. Huhu…yg tang ada nak saman-menyaman. Sebenarnya, smalam ketika aku cek statistik web aku, aku terjumpa satu link daripada laman web pengiklanan internet malaysia yang mana memperlihatkan senarai pendapatan para publisher dia. Sebenarnya, nak katakan aku nie hacker, nak pasang hardware pun tak lepas lagi. Cuma, kalau jumpa sebarang link tue, aku main klik jer. Itu yang sampai kat admin panel diorang tue. Maybe hole sistem diorang. Lepas tak sampai tiga puluh minit aku publish post berkenaan, orang dia call aku suruh remove ataupun dia akan amik tindakan undang-undang.
Dengar jer perkataan saman-menyaman nie, badan aku lemah sikit. Lagi-lagi tengah belajar nie. Malas nak popularkan diri cam Jeef Oii.Huhu. Pastue, malam tue Bat tanya aku apesal remove artikel tue. Pas bagitau kat dia, Bat pun remove artikel bertajuk “******** oh ********” daripada blog InfoMalaya. Pastue, hari nie ramai yang contact aku dan tanya pasal menda tue. So nak taknak, aku terpaksa tulis apa yang terjadi semalam kat blog aku.
Dan jika ada link-link berkaitan menda semalam yang ada sesapa tulis, tolong-tolong ler bagitau, dan aku akan paste kat sini. Hari nie, yang aku tau cuma blog Animes tulis mengenainya.
Bad Flaw in Local Online Advertising Company
Anyway, lepas berhubung dengan beberapa kawan dan rakan taulan, aku dapati yang mana aku tidak bersalah.
Q : Let say one of your user got a link to your system (big system) administrator access and gain access to top secret information from that system later he/she post those screenshot at his/her blog. In law, can you win the case because that this person exposed you system flaw and data?
A : ehm… I think it really depends on a few things..does the exposure is of public interest, if it it, then in most cases, whistle blower are protected, but if he gain access through criminal act, then you can probably win.
Dan kalau korang nak tahu, aku yang amat meminati Google dapat tahu yang beberapa minggu yang lalu, ada orang berjaya pecah masuk ke pangkalan data Google (bukannya Hack, tapi dia jumpa bug kat sistem diorang sama macam aku). Google tidak mengambil sebarang tindakan undang-undang keatasnya, tetapi memberikan saguhati berupa sehelai T-Shirt Google.
Anyway, hari nie, aku tengok kat page tue yang sekuriti telah diperketatkan yang mana ianya meminta username dan password, tidak seperti sebelum ini. Dan sekiranya syarikat itu ingin memperketatkan lagi sekuriti, dan supaya blogger cam aku dapat link tue lagi, diorang boleh remove page admin diorang daripada di index oleh Google atau Yahoo!. Apa yang diorang kena wat, cuma main dengan fail robot.txt diorang yang ada kat web server. Mudah gitue jer.