September 16, 2007

Yahoo! Chatroom Captcha And YM! For Mac

Sebelum ini, aku ada tulis sebuah entri bertajuk Yahoo! Messenger Maintenance or Hacked? dan pada hari nie, ketika membaca blog Yahoo Messenger, aku terperasan yang mereka telah mengemaskini Yahoo! Chatroom dengan menambah captcha dimana setiap pengguna yang ingin menggunakan chatroom perlu memasukkan sebuah siri perkataan sebelum boleh memulakan chatting mereka. Langkah merekan ini adalah disebabkan terdapatnya terlalu banyak bot disetiap bilik chat mereka. Mungkin kaedah ini boleh mengurangkan kadar bilangan bot, tetapi mungkin akan menyusahkan sedikit para pengguna Yahoo! Chatroom.

Yahoo! Messenger Captcha

Selain daripada itu, mereka juga telah mengeluarkan Yahoo! Messenger khas untuk pengguna Mac. Mungkin lepas nie, mereka tidak lagi perlu bergantung kepada Meebo.

September 15, 2007

Peluang Menjana RM20 Melalui Advertlets

Baru sebentar tadi aku terbaca di blog Infomalaya mengatakan bahawa Bat telah pun mendapat cek pertamanya melalui Advertlets. Panas gak hati aku lepas baca artikel tue. Anyway, sebab berpuasa, aku sabar sahaja dan terus ke laman Advertlets untuk melihat berapakah pendapatan aku melalui Advertlets selama aku menyertainya. Angkanya disitu menunjukkan bahawa aku telah mendapat sebanyak RM83.755. Dan aku juga tersedar satu link dibahagian bawah yang membolehkan aku mendapat RM20 sekaligus membolehkan cek pertama aku dikeluarkan.

Advertlets

Tetapi, kali nie, blogvertorials nie hanya dikhaskan kepada sesiapa yang masih belum mendapat cek melalui Advertlets sahaja. So, sesapa yang sedih melihat pendapatan anda melalui Advertlets, maka anda boleh mengambil peluang ini dan menambah RM20 lagi ke akaun anda. Anyhow, aku sedang berhutang dengan hosting aku, dan mungkin duit ini boleh digunakan oleh aku untuk membeli hosting selama setahun terus. Huhuhu… Bercakap pasal hosting, Advertlets menggunakan hosting IPServerOne untuk laman webnya, yang mana harga minimum adalah RM149 dan aku masih memerlukan lebih kurang RM50 sekiranya post ini mendapat RM20.

Dan, mungkin pada masa hadapan, selain daripada memberi duit sebagai imbuhan untuk menulis, Advertlets boleh menawarkan domain dan hosting, supaya lebih ramai penulis blog Malaysia mempunyai domain sendiri dan tidak bergantung kepada Blogspot dan sebagainya. Walauapapun, Advertlets memang merupakan Blog Advertising in Asia. Advertlets Batu(Rocks).

September 12, 2007

Selamat Menyambut Ramadhan

Ramadhan

Ketahui Masa Melalui Google

Lupa bawak jam tangan ketika surfing internet? Kini anda boleh mengetahui masa dan waktu di tempat anda dengan hanya menggunakan Google. Menarik bukan? Anda hanya perlu menaip What Time Is It dan klik search, dan masa akan ditunjukkan dan diikuti carian yang berkaitan.

What Time Is It in Google

P/S : Pernah dengar nama tempat nie: Taumatawhakatangihangakoauauotamateapokaiwhenuakitanatahu

September 7, 2007

Groovle - Tambah Imej Pada Google Search

Sekiranya anda bosan dengan page Google yang mana backgroundnya cumalah putih sahaja, maka kini, anda boleh mengubahnya dengan meletakkan gambar background kesukaan anda. Perkhidmatan ini disediakan oleh salah satu web yang baru saya jumpa sebentar tadi, Groovle dimana anda boleh mengubah gambar background untuk Google Search dengan senang sama seperti anda mengubah background desktop anda.

Berikut merupakan salah satu contoh yang saya sempat rakamkan khas buat Chot:

Groovle

Rahsia Online OneBytes Hosting

carian

iklaneka

websosial

mybloglog