September 19, 2007

Google Presentation Mengantikan Microsoft Power Point

Setelah menunggu untuk beberapa lama, akhirnya Google telah melancarkan Google Presentation didalam koleksi Google Docs miliknya. Dengan ini, boleh dikatakan bahawa aplikasi dalam talian milik Google ini telah lengkap kerana telah memiliki kesemua alternatif untuk Microsoft Office, iaitu Google Document mengantikan Microsoft Word, Google Spreadsheet mengantikan Microsoft Excel, dan Google Presentation mengantikan Microsoft Power Point.

Google Presentation

Google Presentation yang baru sahaja dilancarkan ini membolehkan anda import fail Power Point sehingga 10Mb dan seterusnya editnya dalam talian. Walaubagaimanapun, masih tidak terdapat beberapa option yang diminati dan anda hanya boleh eksportnya dalam bentuk fail HTML dan Image. Amat menyedihkan sekali kerana anda tidak boleh menyimpannya kembali dalam format presentation. Tetapi yang menariknya, anda boleh kongsi fail presentation berkenaan dalam talian tanpa perlu risau mengenai perisian yang bakal digunakan oleh pembacanya.

UPDATE : Logo Google Docs & Spreadsheet telah diubah kepada Google Docs Beta.

OpenOffice 2.3 Dilancarkan

OpenOffice.org telah mengeluarkan versi terbaru perisian mereka iaitu OpenOffice 2.3 yang mana mereka telah memperbaiki kebanyakkan bahagian dalam perisian mereka. Anda boleh membaca lebih lanjut mengenai perkara-perkara yang telah dinaik taraf di laman rasmi mereka. Bagi yang masih tidak mengenal OpenOffice, ia merupakan salah satu alternatif kepada Microsoft Office yang mana ianya dibangunkan dengan menggunakan kod sumber Star Office pada suatu masa dahulu. Anda boleh muat turun fail instalasi OpenOffice di laman mereka secara percuma.

September 18, 2007

Yahoo! Mash - Tiada Beza Dengan Laman Sosial Lain?

My Mash Pet

Lepas aku tulis mengenai Yahoo! Mash tempoh hari, aku mendapat jemputan untuk menyertainya. Dan aku mendapati yang Yahoo! Mash tidak jauh berbeza dengan laman-laman sosial yang lain, dan sesuatu yang berbeza ialah, Yahoo! Mash cuma ada tambahan berbentuk pet, sama seperti cyber pet pada suatu masa dahulu. Selain daripada itu, antara mukanya juga lebih menyerupai kepada Friendster. Mungkin kerana ianya masih dalam peringkat beta maka masih terdapat banyak lagi perkara yang perlu ditambah dan dibaiki.

September 17, 2007

Windows Live Translator - Perkhidmatan Terjemaah Terbaru dari Microsoft

Baru beberapa hari yang lepas Microsost telah melancarkan perkhidmatan terbarunya yang menyerupai BabelFish iaitu Windows Live Translator. Sama seperti perkhidmatan translasi yang lain, Windows Live Translator membolehkan anda menterjemaah sesuatu laman web atau ayat dengan amat mudah. Walaubagaimanapun, masih tiada fungsi untuk menterjemaah daripada bahasa Melayu kepada English. Windows Live Translator menggunakan perisian Systran untuk menterjemaah.

Micrososft Translate

September 16, 2007

Yahoo! Mash - Laman Web Sosial Lagi?

Yahoo! Mash

Yahoo! baru sahaja melancarkan laman web sosial miliknya sendiri yang dipanggil Y! Mash. Walaubagaimanapun, buat sementara waktu ini, ia mengikut cara Pownce dengan hanya membenarkan pengguna mendaftar dengan menggunakan invitation daripada orang yang telah menyertainya sahaja. Mungkin sekiranya sesiapa yang telah mendapat tiket menyertainya boleh menjemput aku menyertainya sekali.

Rahsia Online OneBytes Hosting

carian

iklaneka

websosial

mybloglog