September 30, 2007

YouTube - My Adsense Player

Sebelum ini, YouTube telah mencuba beberapa kali untuk memasukkan iklan kedalam video yang terdapat dalam laman mereka. Walaubagaimanapun, hanya segelintir pihak sahaja yang mendapat keuntunggan dengan YouTube berbuat demikian.YouTube Adsense

Kini, YouTube memberi peluang untuk pengguna embed video YouTube beserta dengan Google Adsense, dan semestinya untuk berbuat demikian, anda memerlukan akaun Google Adsense terlebih dahulu. Selain daripada itu, ikaln Adsense yang ditunjukkan juga tidak begitu mengganggu berbanding yang diuji kaji oleh Google sebelum ini. Sekiranya anda mempunyai akaun Google Adsense, maka anda boleh mencuba bentuk player terbaru ini dilaman YouTube.

September 29, 2007

Malaysia’s Daily Voice - Laman Web Sosial Lagi?

Malaysia's Daily Voice

Baru sebentar tadi aku terperasan sebuah laman web untuk bookmark (atau auto-bookmark) yang mana ia mengambil ringkasan artikel di blog anda dan meletakkannya di laman mereka. Laman tersebut yang dikenali sebagai Malaysia’s Daily Voice yang mana dibangunkan oleh MindValley menggunakan CMS Social Rank. Walaubagaimanapun, sekiranya laman tersebut mendapat hits yang tinggi, blog-blog yang tersenarai disitu juga akan mendapat hits yang tinggi. Selain daripada itu, MindValley juga berhajat untuk menerbitkan lebih 30 buah laman web seumpama Malaysia’s Daily Voice menjelang 1 Oktober ini. Walaubagaimanapun, aku tidak menjumpai sebarang link untuk menghantar artikel kita ke laman tersebut. Mungkin sedikit mendukacitakan bagi blogger-blogger yang baru ingin membangun.

September 28, 2007

Google Shared Stuff Cabar Digg

Google Shared Stuff

Nampaknya laman web sosial networking seperti Digg, Reddit dan lain-lain bakal mendapat tentangan besar kerana kini Google telah melancarkan sebuah laman web khas untuk bookmarking dan share link dengan yang lain. Laman nie dikenali sebagai Google Shared Stuff. Walaupun aku masih bler sikit dengan cara penggunaan laman web nie, dan masih banyak lagi yang perlu aku terokai, korang-korang yang dah pandai menggunakan laman web nie, dipersilakan komen cara menggunakannya. Berbeza dengan Digg, ianya dikira sebagai popular sekiranya ramai yang bookmark link atau URL yang sama. So, apa komen korang?

Google Mencecah Umur 9 Tahun

Happy 9th Birthday

Nampaknya dah 9 tahun Google menjadi enjin carian pilihan ramai. Google telah dimulakan pada bulan September 1998, dan menurut Google, mereka hanya memilih tarikh mengikut suka hati mereka mengikut bila mereka ingin makan kek. Memang pelik sikit syarikat Google nie. Walauapapun, Happy Birthday Google.

September 22, 2007

Antaramuka Yahoo! Search Terbaru

Yahoo! Search New Interface

Hari nie semasa menggunakan Yahoo! Search, aku terperasan yang Yahoo! telah mengantikan interface mereka kepada yang baru. Walaupun sebelum nie, mereka pernah mencubanya dengan menggunakan layout berwarna ungu, tetapi layout itu hanya digunakan untuk beberapa jam sahaja berbanding dengan yang ini yang mana tidak ditukar selama lebih kurang sehari. Atau mungkin ianya di uji kepada beberapa alamat IP sahaja. Adakah anda melihat interface baharu nie ataupun tidak ketika menggunakan Yahoo! Search?

Rahsia Online OneBytes Hosting

carian

iklaneka

websosial

mybloglog