August 26, 2007

Happy Birthday Blogger

Pada 23 haribulan yang lepas, Blogger telah mencapai umur 8 tahun. Ianya telah dimulakan oleh Pyra Labs pada tahun 1999 dan telah dimiliki oleh Google pada bulan Februari 2003. Kini ianya telah menjadi penyedia perkhidmatan blog percuma yang terkemuka di dunia dengan jumlah pengguna teramai di dunia di ikuti oleh WordPress.

Rekabentuk Blogger pada awal permulaannya:

Blogger First Interface

Rekabentuk Blogger pada pertengahannya:

Blogger Second Interface

Rekabentuk Blogger pada masa kini:

Blogger Terbaru

August 19, 2007

Yahoo! Messenger Maintenance or Hacked?

Sebelum nie, ada gak aku terbaca mengenai server maintanance untuk Yahoo! Messenger, tapi tue dah agak lama dah. Semalam masa member aku login untuk masuk ke chat room, banyak perkara pelik yang dilihatnya pada Yahoo! Messenger, seperti setiap room mempunyai 50 orang user, malah room bagi negeri Selangor pula mencecah sehingga 100. Selain daripada itu, terdapat gak beberapa room yang mana bilangan pengunjungnya mencecah sehingga 5000 orang…

Yahoo! Messenger Maintanance
Yahoo! Messenger Maintanance

August 16, 2007

Hotmail Goes 5GB

Nampaknya, kini Microsoft dah mula memberi perhatian kepada masyarakat online melalui lamannya, Live.com. Terbaru, mereka telah meningkatkan ruangan emel daripada 2GB kepada 5GB sekaligus meninggalkan jauh perkhidmatan emel milik Google, GMail. Walaubagaimanapun, mereka masih tidak dapat menandingi perkhidmatan Yahoo! Mail. Walaupun pada tahun lalu Google muncul sebagai penawar perkhidmatan emel sehingga 100 kali ganda berbanding yang lain, tetapi kini ianya adalah penawar perkhidmatan emel yang menawarkan ruangan paling sedikit kerana Yahoo! kini menawarkan unlimited space manakala Live menawarkan 5GB.

August 14, 2007

Nuffnang 2.0

Nampaknya, dalam usaha untuk menandingi Advertlets dan media pengiklanan internet yang lain, Nuffnang kini memberi perhatian sepenuhnya pada rekabentuk laman webnya. Dalam reka bentuk laman yang terbaru, pelbagai perkara yang diberi perhatian. Yang utama ialah logo nya, dimana orang lidi telah diubah suai kepada orang “berisi”. (dah amik Appeton Weight Gain kot~). Selain itu, rekabentuk laman juga diubah agar lebih professional, dimana ia bakal memperlihatkan update-update artikel terbaru daripada blog-blog ahli Nuffnang di muka hadapannya.

NuffNang 2.0

Walaupun ianya nampak menarik, aku masih risau akan blog miliknya. Gambar dan designnya yang amat tidak proffesional. Ramai pembangun blog menggunakan design mereka sendiri, tetapi Nuffnang lebih gemar menggunakan Kubrick, iaitu layout default untuk WordPress. Selain tue, gambar-gambar didalam blog tersebut juga tidak diresize agar tampak lebih professional. Mungkin Nuffnang tidak mengetahui kewujudan Image Resizer, atau mereka lebih gemarkan layout yang “pecah-pecah”. Selain daripada itu, permalink mereka juga menggunakan kaedah default WordPress. Mungkin beberapa perkara ini perlu diberi perhatian oleh Nuffnang sebelum upgrade ke 2.0.

Bagi anda-anda yang tidak sabar, anda boleh lihat video trailer Nuffnang 2.0 yang disediakan oleh Nuffnang:

August 13, 2007

StarOffice Percuma Melalui Google Pack

Star Office in Google Pack

Google Pack, antara koleksi perisian yang di rekemen oleh Google, hari ini menerima perisian baru, iaitu Star Office. Star Office ialah perisian pejabat yang dibangunkan oleh Sun Microsystems yang mana sebelum ini menjadi asas pembangunan perisian OpenOffice. Apa yang menariknya ialah, anda boleh memuat turun Star Office secara percuma melalui Google Pack, dimana sebelum ini ianya dikenakan bayaran sebanyak $69.95. Walaubagaimanapun, pastikan line internet anda laju kerana software tersebut mempunyai saiz lebih kurang 150mb.

Rahsia Online OneBytes Hosting

carian

iklaneka

websosial

mybloglog