Nuffnang 2.0
Nampaknya, dalam usaha untuk menandingi Advertlets dan media pengiklanan internet yang lain, Nuffnang kini memberi perhatian sepenuhnya pada rekabentuk laman webnya. Dalam reka bentuk laman yang terbaru, pelbagai perkara yang diberi perhatian. Yang utama ialah logo nya, dimana orang lidi telah diubah suai kepada orang “berisi”. (dah amik Appeton Weight Gain kot~). Selain itu, rekabentuk laman juga diubah agar lebih professional, dimana ia bakal memperlihatkan update-update artikel terbaru daripada blog-blog ahli Nuffnang di muka hadapannya.

Walaupun ianya nampak menarik, aku masih risau akan blog miliknya. Gambar dan designnya yang amat tidak proffesional. Ramai pembangun blog menggunakan design mereka sendiri, tetapi Nuffnang lebih gemar menggunakan Kubrick, iaitu layout default untuk WordPress. Selain tue, gambar-gambar didalam blog tersebut juga tidak diresize agar tampak lebih professional. Mungkin Nuffnang tidak mengetahui kewujudan Image Resizer, atau mereka lebih gemarkan layout yang “pecah-pecah”. Selain daripada itu, permalink mereka juga menggunakan kaedah default WordPress. Mungkin beberapa perkara ini perlu diberi perhatian oleh Nuffnang sebelum upgrade ke 2.0.
Bagi anda-anda yang tidak sabar, anda boleh lihat video trailer Nuffnang 2.0 yang disediakan oleh Nuffnang:














Hasbullah Pit
Kat related video (Timpothy Speech) aku nampak sweat Lee makan aiskerim
Fahmishah
hmm..adakah lepas ini nuffnang akan kalahkan adverlets?
azwanhadzree
First time tengok, ada unsur-unser payperpost
Azhar Ahmad
Huhuhuhu, maybe derang tak pandang bab2 kecik… hanya pandang how to improve their service
khai
advertlets rawks!! otai dia pun lebih mesra pengguna.. i like it!! and advertlets lebih cool coz x buat perkhidmatan cost per click macam nunffnang.. ntah ape ape… bape sen je dapat kalau nak tunggu orang click.. kekeke…
Nuffnang Akan Berwajah Baru, Perasan Tak? : leLabu.com
[...] Pada peringkat awal saya sangkakan nuffnang tidak akan berupaya mencari pengiklan dan pesaingnya akan lebih ke depan. Namun sangkaan saya meleset, kerana bagi blog saya, nuffnang lebih menguntungkan dan tidak putus-putus memberikan iklan. Lebih-lebih lagi bila nuffnang memberikan pilihan automatik untuk menyiarkan iklan CPC bila tiada iklan CPM. Ini lebih baik daripada menyiarkan iklan ke blog tokeinya, seperti yang dilakukan oleh pesaing nuffnang! Nampaknya, dalam usaha untuk menandingi Advertlets dan media pengiklanan internet yang lain, Nuffnang kini memberi perhatian sepenuhnya pada rekabentuk laman webnya. Dalam reka bentuk laman yang terbaru, pelbagai perkara yang diberi perhatian. Yang utama ialah logo nya, dimana orang lidi telah diubah suai kepada orang “berisi”. via amanz.net [...]
abdfatah
ahahaaa…. tahu tak tahuuu… pro dan kontra… yang untungnya nuffnang dan advertlets jugak… ngeh4