Logo Khas Sempena Merdeka
Hari nie, pelbagai syarikat internet mempersembahkan logo khas mereka sempena Hari Kemerdekaan yang ke-50, dan berikut merupakan beberapa logo yang dapat aku kumpulkan. Logo WordPress berikut telah di edit oleh aku berdasarkan logo yang dicipta oleh Enveluv.

Selain daripada yang di atas, Advertlets turut memperkenalkan logo khas mereka sempena merdeka ini. Selain itu, mereka juga telah membangunkan laman khas sempena hari kebangsaan ini, iaitu Merdeka.com dimana disitu mereka ingin mengumpulkan lebih kurang 5000 muka untuk dibuat sebagai bendera, selain mengumpulkan ayat-ayat dedikasi. Anda boleh membaca mengenainya di blog rasmi Advertlets.
P.S: Mungkin Happy People Media tidak sempat untuk membuat logo khas sempena Hari Kemerdekaan sama seperti aku.
















