July 15, 2007

Double Killer - Buang Fail Berkembar

Adakah komputer anda penuh dengan folder kosong atau fail-fail berkembar? Maka dengan perisian Double Killer nie, ianya boleh membantu anda. Perisian nie membuat carian dengan membandingkan nama fail, saiz, tarikh akhir diubah dan sebagainya. Setelah anda set preference anda, perisian ini akan membuat carian di seluruh komputer anda, dan seterunya menunjukkan list fail dan folder tersebut. Anda kemudiannya boleh mulakan proses memadam atau mengubah fail tersebut.

July 14, 2007

Domain Parking dan Web Terkemuka

Setiap hari, ada sahaja domain baru yang dibeli oleh pengguna internet dan juga pembangun laman web. Malah, bukan kesemua domain digunakan oleh mereka untuk membangunkan laman web, tetapi terdapat juga beberapa orang yang membeli domain untuk membuat domain parking (salah satu cara untuk buat duit). Berikut merupakan beberapa laman web dimana ianya boleh mengelirukan pengguna internet:

Flicker

1. Flicker
(Ori : Flickr)
Menurut laman web tersebut, hitnya amat tinggi (bulan lepas saja dah cecah 200,000). Tujuan laman nie hanyalah untuk menjual domain tersebut.

Goggle

2. Goggle
(Ori : Google)
Kalau anda sukakan barangan percuma seperti Play Station, iPod dan sebagainya, maka laman web nie amat sesuai untuk anda. Tetapi, satu perkara yang aku tidak begitu pasti ialah samaada barangan tersebut akan dihantar ke rumah anda atau sekadar fantasi internet sahaja.

Delicious

3. Delicious
(Ori : del.icio.us)
Laman web masakan dan resepi. Nie mungkin domain parking atau nak curi traffik kerana delicious membawa maksud sedap. Mungkin secara kebetulan saja.
(more…)

July 13, 2007

PlayStation 2 Emulator

Mungkin ramai pembaca blog aku nie dah ada PlayStation 2 dan mungkin ramai yang tiada macam aku nie. Aku tengok tempoh hari, harganya tetap RM500 dan masih tidak menurun walaupun PlayStation 3 telah keluar di pasaran. Tapi kini aku dah jumpa penyelesaian untuk bermain permainan PlayStation 2 menggunakan komputer dengan menggunakan PS2 Emulator. Walaubagaimanapun, anda perlukan DVD player disebabkan permainan PS2 adalah dalam format DVD.

July 12, 2007

Internet Explorer dan Amanz

Beberapa orang telah menghantar emel kepada saya berkenaan dengan masalah layout saya ketika di perlihatkan menggunakan Internet Explorer. Ya, saya faham dengan masalah tersebut dan sedang cuba membaiki masalah tersebut. Ini adalah disebabkan saya tidak menggunakan fixed width yang mana tidak begitu disokong oleh Internet Explorer. Mungkin saya perlu lakukan sedikit perubahan di CSS saya dengan menggunakan fixed width. Mungkin ini merupakan salah satu sebab mengapa anda perlu menggunakan Mozilla Firefox. Tetapi, mungkin juga ianya merupakan masalah koding, kerana ketika saya menggunakan Opera, masalah masih timbul sedikit walaupun tidak seteruk ketika menggunakan Mozilla Firefox.

Disebabkan masalah nie, saya melakukan sedikit carian mengenai Internet Explorer 8 dan menjumpai sedikit screenshot yang mana saya tidak berapa pasti samaada ianya bocor dari pembangun Microsoft ataupun samada ianya hasil photoshop daripada pecinta Internet Explorer. Dan beberapa spekulasi mengatakan bahawa IE 8 beta akan dikeluarkan bersama-sama dengan Windows Vista SP1 pada minggu hadapan.

Internet Explorer 8 Leaked or Faked

Internet Explorere 8 Leaked or Faked

User Interface yang digunakan adalah serupa dengan Microsoft Office 2007

Mungkin Microsoft perlu memastikan browser IE 8 memenuhi ciri-ciri web kerana Safari 3 akan dikeluarkan pada bulan Oktober ini manakala Firefox 3.0 pada bulan November.

Update: Kini dah boleh pakai IE ;)

July 11, 2007

Backup Blog Blogger Anda

Backup merupakan salah satu perkara yang amat penting dalam pembangunan blog dan website. Kita semua mengetahui cara-cara untuk membuat backup sekiranya menggunakan hosting sendiri, iaitu dengan menggunakan cPanel atau sebagainya. Walaubagaimanapun, bagaimana sekiranya anda menggunakan Blogger?

Sekiranya blog anda di host di Blogger, maka anda boleh menggunakan Blogger Backup dimana ianya akan membuat simpanan segala artikel dan komen dan akan di muat turun untuk simpanan anda. Ianya mungkin sebuah software yang amat berguna, kerana mungkin blog anda akan di padamkan oleh pihak Google suatu hari nanti.

Rahsia Online OneBytes Hosting

carian

iklaneka

websosial

mybloglog