Semalam, Mohd Ismail memblog mengatakan bahawa earningnya di Advertlets memiliki titik perpuluhan sehingga 10 titik perpuluhan. Maka, dengan semangat ingin tahunya, aku pun pergi melihat pendapatan aku. Tetapi aku mendapati akaun aku hanya menunjukkan sehingga tiga titik perpuluhan sahaja.
Selain daripada itu, setelah membaca blog Advertlets, aku mendapati yang diorang bakal mengadakan gathering di Modesto’s Hartamas Walk @ Hartamas Shopping Centre, Plaza Damas pada 21 Julai nie pada pukul 9 malam. Aku dah tentunya tidak akan pergi kerana kedudukan yang amat jauh dan sebab keduanya ialah ia dibuat pada waktu malam.
Seterusnya, aku mendapati yang masa loading untuk Nuffnang dah bertambah baik berbanding sebelumnya. Mereka menyatakan bahawa kini kodnya telah diubah suai untuk membuat blog kita loading terlebih dahulu sebelum kod Nuffnang muncul.
Selain daripada itu, Nuffnang juga telah mengubah suai bentuk pengiklanan mereka dimana kini kita boleh memilih sama ada untuk menunjukkan iklan CPC, atau membiarkan tempat tersebut dengan iklan biru yang biasa, atau minimize ruangan tersebut. Sebuah langkah yang saya kira baik. Patutlah Bat dah meletakkan kembali iklan Nuffnang di InfoMalaya.
Dan akhir kata, sekiranya anda mendapati blog aku nie mempunyai iklan yang terlalu banyak dan menganggu anda, habak kat aku.. 