Hacking Bersama Amanz - Command Prompt
Hari tue masa tanya dengan member aku yang ambil jurusan Teknologi Maklumat, dia cakap yang di tengah belajar mengenai Command Prompt. So, aku pun nak merepek sikit pasal command Prompt nie. Command Prompt nie terdapat di Microsoft Windows dan juga Linux. Mac pun mungkin ada juga (tak pernah guna lagi). Walaubagaimanapun, aku akan tulis pasal Windows sahaja kerana ianya banyak digunakan oleh pengguna Malaysia.
Anda boleh mengakses Command Prompt cara berikut:
Start > All Programs > Accessories > Command Prompt
Start > Run > taip
cmddan tekan ENTER
Seterusnya, untuk mengetahui command asas, anda boleh taip help dan tekan ENTER. Beberapa command dan kegunaannya akan ditunjukkan. Anda boleh mengetahui lebih lanjut bagaimana menggunakannya dengan merujuk pada Help dan Support yang terdapat pada Windows. Berikut merupakan beberapa command yang anda boleh gunakan dimana ianya tidak ditunjukkan di situ:
compmgmt.msc
Membuka panel pengurusan komputer.
devmgmt.msc
Membuka panel pengurusan hardware (device manager).
diskmgmt.msc
Membuka panel pengurusan harddisk. Anda boleh melihat partition dan sebagainya disini.
dfrg.msc
Membuka panel Disk Defragment. (Boleh diakses melalui button Start)
perfmon.msc
Melalui panel ini, anda boleh melihat tahap performance komputer anda. (Performance monitor)
winver
Mengetahui versi Windows anda.
Menu Control Panel
Kesemua program yang boleh dibuka melalui ini, anda juga boleh membukanya melalui menu Control Panel yang terdapat pada Microsoft Windows.
appwiz.cpl
Membuka Add or Remove Program. Anda boleh membuang (uninstall) perisian yang tidak dikehendaki.
timedate.cpl
Membuka panel untuk set tarikh dan masa.
desk.cpl
Membuka panel desktop. Anda boleh mengubah screensaver, wallpaper dan sebagainya.
inetcpl.cpl
Membuka panel Internet. Anda boleh membuang cookies dan fail-fail sementara melalui panel ini.
main.cpl
Membuka panel Tetikus. Anda boleh mengubah setting tetikus anda menggunakannya.
mmsys.cpl
Membuka panel Multimedia. Anda boleh menetapkan volume dan sebagainya disini.
PENTING: Jangan sesekali buka Command Prompt pada komputer milik kawan anda (atau cyber cafe) dan seterusnya menekan
format c:Ini boleh membuatkan segala data didalamnya hilang begitu sahaja.














naem
best ni..thanks bro..saya ni bukan budak it, tapi agak berminat la dgn komputer dan internet..
jap gi nak pi cuba la..
khai
nice nice.. nice info.. hehe..
Azhar Ahmad
Meh saya tambah lagi.
MSDOS ini sangatlah penting bagi seorang pengguna sekunder komputer. Tertier itu maksudnya, yang guna tanpa tahu apa-apa.
Katakan, computer crash, i mean os, cara menyalin direktori menggunakan ms dos adalah paling selamat, dan meminimakan bad sector.
Amanz nak tahu? Saya belajar benda alah ni tahun 1992. Masa tu tingkatan 1. Tiada lagi windows ber GUI yang macam sekarang. Yang ada skrin hitam macam MSDOS Prompt.
Okey, terdapat dua jenis command prompt ni.
1. Untuk windows
2. Untuk universal
Yang biasa digunakan adalah universal. Namun, ia bahaya untuk fail-fail virus kerana keseluruhan nama fail diterima oleh mesin i mean processor
Jika hanya untuk windows, ia lebih ringkas, dan dapat hiding kan windows nyer extension, lebih selamat, tetapi menyusahkan
Untuk windows - Taip command di Run pop up.
Untuk universal - Taip cmd di Run pop up.
Waduh-waduh, kalau saya bercerita alamatnya, jadi berpuluh-puluh entri la plak…
Sori ye man, just sharing…
Azhar Ahmad
Lupa plak
Jika untuk menyalin dari drive c ke a gunakan command
copy c: a:
dan sebagainya.. Cerita pasal copy nih pun berjela-jela… hihihihi
am
nak tambag jugak… kalau pc slow sangat… tapi rasanya memang takde virus… pi kat start > run > msconfig pastu enter….
pegi kat tap services dan un click pada application yang running banyak sangat tu… tapi ingat kalau banyak sangat ubah nanti interface desktop berubah gak… so pandai2 la… pastu just restart pc… tengokla laju ke tak pastu…
Izzudin
klau nak format disk c tanpa buang fail-fail tuh camne?
epy
mcm best jer dgr bende nie.
kalo bleh tambah la lg info tentang bende nie.
nak tau lebih lagi la.
Darkz05
amanz cepat update. hehe tak saba nak study tips2 yg lain ni.
Aan
bljr MSDOS gmn ya ….?
Dah pernah jg mmng beljr tu, tapi maklumlah kadng pembimng kita ga punya
byk waktu jadi krng puas qt…..
Aq mmng coba2 bljr sendiri,but bnyk jg ga ngerti artinya…..
Kadng ditanya ama abng senior tp mereka cuex aja, kadang qt emosing juga…
Aq mohon lah di ajarin…
Gimana buat virus dari ms-dos ….. ?
zuNintendoWii
hehehe…main2 ngan command prompt mmg best.. ni brader..lu ym jarang online, aku nk tanye cerite ko studi kat mane skrg? aku pun jarang update ngan blog kau.. bz skit akhir2 ni exam.. ..
iEn
perrghh amanz jadik hacker ka?? heheheeh.. bagus2.. teruskan berinfo walaupun satu hape aku dok paham wkikikik..
Izzudin
apsal ?
zool
hm.. citer pasal MS DOS prompt ye..
memang sebenarnya banyak command dlm ms dos prompt nie..
saya banyak belajo masa amik diploma dulu tapi skg dah tak guna lagi..
nak buat folder
md
itu je le ..
madnilk
salam.. huish banak info pasal window erk…. sampai dari cmd hingga ke msconfig
saku nih sill baru jua dalam benda2 macam nih… nice and good info
killercode
so, pa beza command prompt ngan control panel tekan dari START? macam sama aje fungsi-fungsi tu semua
Fahmi
aku guna Ubuntu Linux OS…tapi sampai sekarang masih biol lagi sistem ‘Terminal’ dia…waduh..waduh..