July 25, 2007

Hacking Bersama Amanz - Pengenalan

Baru-baru nie Bat ada menulis mengenai CSS dan Web Designing di blog InfoMalaya. So, sekarang nie aku lak nak tulis tutorial pasal hacking dan tajuk pertamanya tentulah mengenai pengenalan kepada hacking.

Ramai yang salam anggap hacking nie. Apabila cakap sahaja mengenai pengodam (hacker) atau mengodam (hacking), ramai yang salah anggap. Sebenarnya bukan salah mereka pun, kerana ramai yang telah diserang (termasuk web saya sendiri ini) oleh hacker yang tidak bertanggungjawab, atau dipanggil sebagai cracker (Criminal Hacker).

Hacker adalah seseorang yang mana mengubahsuai sistem perkomputeran untuk memperbaiki sistem tersebut atau mencari masalah yang terdapat padanya dan laporkan kepada pihak yang bertanggungjawab. Sekiranya anda mempunyai sijil yang diiktiraf oleh pihak berkenaan, anda boleh melakukan hacking sebagai sumber mencari duit dan bekerja dengan organisasi terkemuka seperti Microsoft mahupun pihak kerajaan.

Terdapat beberapa istilah yang bersangkut paut dengan hacker. Yang pertama ialah cracker. Mereka yang bergelar cracker ialah dimana mereka menceroboh sistem milik seseorang itu atas dasar suka-suka atau ingin merosakkannya. Ada yang hanya ingin menunjukkan sistem kita bermasalah dan memberikan kita petunjuk agar membaikinya. Walaubagaimanapun, ianya adalah salah disisi undang-undang sekiranya anda tidak mendapat kebenaran daripada tuan punya terlebih dahulu.

Selain itu, terdapat juga lagi satu istilah, iaitu phreaks (Phone Hacker). Mereka ini menggunakan telefon untuk menceroboh. Saya masih blur-blur lagi pasal perkara ini. Nanti sekiranya terdapat sebarang info, saya akan update.

Nantikan artikel seterusnya mengenai Command Prompt. Chow.

7 Responses to “Hacking Bersama Amanz - Pengenalan”

Post A Comment


Rahsia Online OneBytes Hosting

carian

iklaneka

websosial

mybloglog