July 24, 2007

Tips Lajukan Adobe Reader

Bagi yang gemarkan membaca ebook dan bahan bacaan tambahan yang berformat *PDF mungkin anda perasan yang masa loading untuk Adobe Acrobat Reader adalah amat lama. Ini adalah kerana ia mengambil masa yang agak panjang untuk loading plugin dan sebagainya. Jadi, sekiranya anda tidak berapa menggunakan plugin Adobe Acrobat Reader dan ingin melajukan masa loading Adobe Acrobat Reader, maka anda boleh lakukan perkara berikut:

1. Masuk ke dalam folder di mana anda memasang Adobe Acrobat Reader tersebut. Sebagai contoh:

C:\Program Files\Adobe\Acrobat 8.0

2. Buka folder plugins dan seterusnya tekan CTRL + A. Selepas memilih kesemua fail, cut dan paste kat tempat lain. Biarkan folder plugins menjadi kosong.

Seterusnya, anda boleh try mulakan program Adobe Acrobat Reader dan melihat kelajuan ianya yang berbeza berbanding dengan yang sebelumnya. Walaubagaimanapun, perkara ini hanya boleh digunakan sekiranya anda menggunakan Adobe Acrobat Reader 8 atau 7 sahaja.

14 Responses to “Tips Lajukan Adobe Reader”

Post A Comment


Rahsia Online OneBytes Hosting

carian

iklaneka

websosial

mybloglog