Sedikit Kemasikini dari Google
Dah lama (2 hari) aku tak dapat nak online, dan akibatnya, dah dua hari tiada artikel baru kat blog ini. Dan banyak berita dah aku ketinggalan, malah mungkin ramai pembaca yang marah ngan aku. Sowi banyak-banyak yerk.
Sepanjang aku tak update dua hari nie, Google dah membuat pelbagai perkara baru. Antaranya ialah, Google telah membuang antara muka (interface) lama Google Analytics dan mengantikan dengan versi beta yang dahulunya. Interface baru nampak lagi cun dan senang untuk navigate. Selain itu, Google Analytics juga telah menambah beberapa perkara baharu seperti kini kita boleh print statistik kita dalam bentuk *pdf, dan report kita lebih detail berbanding dahulu.
Selain itu, Google telah menambah satu lagi syarikat ke dalam koleksi mereka, iaitu Image America, mungkin untuk menaik taraf Google Earth rasanya. Di Malaysia, setakat nie, yang aku tahu ialah Exabytes jer syarikat yang membeli web lain seperti Webmaster Malaysia dan Bincang.NET. Walaubagaimanapun, sekiranya anda inginkan web atau syarikat anda dibeli oleh Google, apa kata anda cuba submit kat Google. Mungkin InfoMalaya atau MohdIsmail (PC Malaya)boleh cuba rasanya.














mohdismail
mungkin…mungkin…mungkin… he he
*hiks.. itu link pertama PCMalaya di’blog luar dari blog aku… dan paling best dia kuar kat blog ko.. he he.. terima dengan kasih Amanz
Syafrizal
Google banyak mengimprovekan site dan technology diorg. Ada yg bagus dan ada yg tak bagus hehe
aman
hush…kira pecah rekod ar yerk..
Izzudin
aa.. den nak beli blog hang ngan harga RM1.24 boleh tak?
manchurr
aku rasa skit masa lagi InfoMalaya & MohdIsmail.com akan dibeli oleh google! hahaha