July 12, 2007

Internet Explorer dan Amanz

Beberapa orang telah menghantar emel kepada saya berkenaan dengan masalah layout saya ketika di perlihatkan menggunakan Internet Explorer. Ya, saya faham dengan masalah tersebut dan sedang cuba membaiki masalah tersebut. Ini adalah disebabkan saya tidak menggunakan fixed width yang mana tidak begitu disokong oleh Internet Explorer. Mungkin saya perlu lakukan sedikit perubahan di CSS saya dengan menggunakan fixed width. Mungkin ini merupakan salah satu sebab mengapa anda perlu menggunakan Mozilla Firefox. Tetapi, mungkin juga ianya merupakan masalah koding, kerana ketika saya menggunakan Opera, masalah masih timbul sedikit walaupun tidak seteruk ketika menggunakan Mozilla Firefox.

Disebabkan masalah nie, saya melakukan sedikit carian mengenai Internet Explorer 8 dan menjumpai sedikit screenshot yang mana saya tidak berapa pasti samaada ianya bocor dari pembangun Microsoft ataupun samada ianya hasil photoshop daripada pecinta Internet Explorer. Dan beberapa spekulasi mengatakan bahawa IE 8 beta akan dikeluarkan bersama-sama dengan Windows Vista SP1 pada minggu hadapan.

Internet Explorer 8 Leaked or Faked

Internet Explorere 8 Leaked or Faked

User Interface yang digunakan adalah serupa dengan Microsoft Office 2007

Mungkin Microsoft perlu memastikan browser IE 8 memenuhi ciri-ciri web kerana Safari 3 akan dikeluarkan pada bulan Oktober ini manakala Firefox 3.0 pada bulan November.

Update: Kini dah boleh pakai IE ;)

8 Responses to “Internet Explorer dan Amanz”

Post A Comment


Rahsia Online OneBytes Hosting

carian

iklaneka

websosial

mybloglog