Pownce dan Amanz
Baru semalam saya mendapat invitation untuk menyertai Pownce daripada salah seorang member luar negara. Bagi yang masih tidak mengetahui apa itu Pownce, ianya merupakan salah satu web sosial networking dimana anda boleh berkongsi maklumat, fail (sehingga 100mb), link, dan juga events dengan rakan-rakan anda. Laman Pownce dibangunkan oleh Megatechtronium dimana salah seorang daripada mereka (Kevin Rose) adalah pembangun laman Digg.
Buat masa ini, pendaftaran masih belum dibuka, dan masih dalam peringkat percubaan. Walaubagaimanapun, setiap orang yang telah menyertai Pownce mendapat 6 invitation untuk menjemput rakan-rakan mereka yang lain. Anda boleh melihat contoh page saya di Pownce.
Berikut merupakan beberapa screenshot yang sempat saya rakamkan:

Borang pendaftaran Pownce. Salah satu perkara yang menarik perhatian saya ialah pilihan jantinanya bukan sahaja terdiri daripada Male dan Female, tetapi juga yang lain seperti Dude (bukan duda), Gentelman dan sebagainya. Mujur tiada Gay atau Lesbian.

Nampaknya Pownce adalah tidak mesra dengan Internet Explorer. Mereka lebih gemarkan Mozilla Firefox. Ini adalah kerana saya tidak dibenarkan untuk upload gambar ketika menggunakan Internet Explorer.

Sama seperti Friendster dan MySpace, anda juga boleh menambah rakan-rakan di Pownce. Saya masih tidak mengetahui berapa ramai yang telah menyertai Pownce, tetapi oleh kerana Mohd Ismail telah membuat entry pasal perkara nie, saya cuma sempat menambah dia sahaja.

Mungkin untuk mengekalkan standard, Pownce tidak membenarkan kita customize layout kita. Walaubagaimanapun, layout yang ditawarkan oleh mereka amat lawa dan cun. Berikut merupakan contoh page saya di Pownce.
Sesiapa yang tinggalkan emel semalam, diharap tinggalkan lagi sekali. Setahu aku ada dua orang, Alphagiga ngan TMSNetwork. Harap Maaf diatas kesulitan yang dihadapi. Dan jangan lupa add saya sebagai rakan anda di Pownce.














zool
Banyak sangat lah bende2 komuniti cam nie…
susah nak konsentrate…
sebelum nie ada join cam tagged.com, en.netlog.com
so dah malas dah nak join yang baru
Antabax
cam cun gak. tunggu dia live dulu la.
abah
komuniti sebegini sangat banyak tumbuh seperti cendawan selepas hujan *apekah?
Banyak sangat nak konsentrate. Betul kata si zool ituh.
Kalau banyak sangat masa buleh la try kot…
University Update - Firefox - Pownce dan Amanz
[…] Link to Article firefox Pownce dan Amanz » Posted at Amanz Network on Monday, July 09, 2007 […]
kaSyah
bro..add aku la…’kasyah’
ohh dan akunyer transgender..haha
shadowX_19
@kool
yap.. tul tu… dah bosan lak ngan mende2 ni….
xeroxaven
aha..tp yg 100mb file send tuh utk pro acc je [kene bayo..huhu]yg bese nih just 10mb je..
aha..nak gi add amanz.. 
ikram_zidane
aku pun dah write review aku, hopefully ko leh add aku..
azwanhadzree
aku dah join jugak Aman, tapi takde apa2 yang menarik pun. aku stick ngan mybloglog jugak la kalau macam ni
chot
cool la benda ni..
khai
ermm.. mmg dah terlalu banyak ek.. pownce ni pon takde la best mana pon… huhuhuhu…. kelebihan just ntuk send file je… pakai je la turboupload..x yah susah susah nak bayar ke ape… kahkah..
neway aku dah join.. mohd ismail invite.. mmm.. dah buat gak profile.. to aman, add la patik gak…
Izzudin
pownce?
ikoko
nak nak.. add me pliss~
draxter
Aku nak guna pownce, please invite aku ler. Suka betul join benda² ni.
Amanz Network » Yahoo! Mash - Laman Web Sosial Lagi?
[…] sendiri yang dipanggil Y! Mash. Walaubagaimanapun, buat sementara waktu ini, ia mengikut cara Pownce dengan hanya membenarkan pengguna mendaftar dengan menggunakan invitation daripada orang yang telah […]