Plugin Statistik - Ketahui Traffik Blog Anda
Dalam membangunkan blog, antara perkara yang perlu diambil berat ialah statistik sesuatu blog. Ramai yang berlumba-lumba untuk mendapatkan pembaca yang ramai ke blog mereka. Dan terdapat beberapa cara untuk mengetahui statistik sesuatu blog itu.
Sekiranya anda menggunakan hosting yang mempunyai cPanel, maka anda boleh mengetahui statistik anda dengan AWstats yang memang dah sedia terpasang. Tetapi, sekiranya anda menggunakan Blogger, maka anda boleh menggunakan Google Analytics. Anda juga boleh menggunakan Google Analytics jikalau anda tidak menggunakan Blogger sekalipun, kerana anda akan diberikan kod javascript untuk di copy-dan-paste kat blog anda.
Tetapi, sekiranya anda menggunakan WordPress, terdapat beberapa plugin yang boleh membantu anda. Antaranya ialah:
WP-Slimstat
Plugin yang berasaskan SlimStat, dimana ianya merupakan antara perisian yang digunakan oleh orang ramai untuk mengetahui statistik web atau blog mereka. Tetapi, sekiranya anda ingin gunakan kod tersebut, anda perlu mempunyai database dan install. Tetapi dengan adanya WP-Slimstat, tugas anda menjadi lebih mudah. Anda hanya perlu upload plugin tersebut dan aktifkan melalui Dashboard. Seterusnya anda boleh melihat statistik pengunjung blog anda secara terus melalui Dashboard.
FireStat
Salah satu plugin statistik untuk WordPress. Fungsinya dan feature yang hampir sama dengan SlimStat. Tetapi seperkara yang aku tak suka dengan FireStat ialah saiz abjadnya yang amat besar dan tidak secomel SlimStat. Anda boleh melihat demo FireStat di laman rasmi mereka.
Automattic Stats
Plugin yang dibangunkan oleh pembangun CMS WordPress sendiri, iaitu Automattic. Berbeza dengan SlimStat dan FireStat, anda boleh melihat statistik anda dalam bentuk graf sekiranya menggunakan plugin ini. Tetapi, anda perlu mendapatkan API key sekiranya ingin menggunakan plugin ini.













