Yahoo! TV - Hoax Lagi?
Sebelum nie, gempar seluruh internet apabila dikatakan akan muncul Google TV dimana pengguna boleh menonton segala rancangan kegemaran hanya melalui komputer. Walaubagaimanapun, perkara itu disangkal dan dikatakan hanyalah hoax semata-mata. Tetapi, hari nie, masa jalan-jalan kat alam maya nie, terjumpa laman Yahoo! TV. Kali nie, ianya bukanlah hoax lagi, kerana aku dah nampak sendiri.
Walaupun anda tidak boleh menonton sebarang rancangan melalui Yahoo! TV, tetapi anda boleh mengetahui sinopsis rancangan. Yahoo TV adalah salah satu tempat untuk anda mengetahui rancangan apa yang memenuhi citarasa anda dengan mengetahui sinopsis cerita, para pelakon dan sebagainya. Selain itu, Yahoo TV juga kategorikan kesemua rancangan dengan cara yang unik sekali.
Walaubagaimanapun, rancangan TV dari Malaysia masih belum di “tulis” di laman Yahoo TV (mungkin tidak akan). Tetapi anda masih boleh gunakannya sekiranya anda merupakan salah seorang kaki torrent dan meminati cerita bersiri seperti Heroes dan Lost.














rusdy
tahun ni macam-macam perubahan & pembaharuan yerk. tahun lepas lepas mcam mana erk? ke aku tak amik peduli yg lepas lepas . huhuh
Izzudin
tapi yahoo tv bkan da lama ke?
aman
mungkin aku jer baru perasan kot…
neutronics
google tv aku rasa dah keluar kot.. siap keluar software dah
aman
btul ker Neutonics?
Izzudin
hoax tuh mende?