Tan Sri P. Ramlee

Tan Sri P. Ramlee merupakan seorang pelakon, penyanyi, dan pengarah yang berjaya. Oleh kerana sumbangan beliau yang tinggi dalam bidang lakonan dan nyanyian, beliau sering dikatakan sebagai ikon hiburan Melayu samaada di Malaysia mahupun Singapura.
Nama sebenar beliau ialah Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh. Beliau telah dilahirkan pada 22 Mac 1929 di rumah nenek beliau yang mana kini di buka sebagai P. Ramlee House di Jalan P. Ramlee, Penang.
Pada 29 May 1973, beliau meninggal dunia disebabkan masalah jantung dan dikebumikan di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Sepanjang hidup beliau, beliau telah mengarah dan berlakon dalam 66 buah filem dan menulis lebih daripada 300 buah lagu.
Antara karya beliau yang telah memenangi anugerah ialah:
Skor Muzik Terbaik, Third Asian Film Festival (Hang Tuah)
Pelakon Lelaki Terbaik, Fourth Asian Film Festival (Anakku Sazali)
Filem Komedi Terbaik, Seventh Asian Film Festival (Nujum Pak Belalang)
Filem Komedi Terbaik, Eleventh Asian Film Festival (Madu Tiga)
Filem terakhir beliau ialah Laksamana Do Re Mi (1972) dan lagu terakhir beliau ialah Ayer Mata di Kuala Lumpur (1973).














Izzudin
haih? apsal aku orang first mengomen post ni? yay