Plugin Statistik - Ketahui Traffik Blog Anda
Dalam membangunkan blog, antara perkara yang perlu diambil berat ialah statistik sesuatu blog. Ramai yang berlumba-lumba untuk mendapatkan pembaca yang ramai ke blog mereka. Dan terdapat beberapa cara untuk mengetahui statistik sesuatu blog itu.
Sekiranya anda menggunakan hosting yang mempunyai cPanel, maka anda boleh mengetahui statistik anda dengan AWstats yang memang dah sedia terpasang. Tetapi, sekiranya anda menggunakan Blogger, maka anda boleh menggunakan Google Analytics. Anda juga boleh menggunakan Google Analytics jikalau anda tidak menggunakan Blogger sekalipun, kerana anda akan diberikan kod javascript untuk di copy-dan-paste kat blog anda.
Tetapi, sekiranya anda menggunakan WordPress, terdapat beberapa plugin yang boleh membantu anda. Antaranya ialah:
WP-Slimstat
Plugin yang berasaskan SlimStat, dimana ianya merupakan antara perisian yang digunakan oleh orang ramai untuk mengetahui statistik web atau blog mereka. Tetapi, sekiranya anda ingin gunakan kod tersebut, anda perlu mempunyai database dan install. Tetapi dengan adanya WP-Slimstat, tugas anda menjadi lebih mudah. Anda hanya perlu upload plugin tersebut dan aktifkan melalui Dashboard. Seterusnya anda boleh melihat statistik pengunjung blog anda secara terus melalui Dashboard.
FireStat
Salah satu plugin statistik untuk WordPress. Fungsinya dan feature yang hampir sama dengan SlimStat. Tetapi seperkara yang aku tak suka dengan FireStat ialah saiz abjadnya yang amat besar dan tidak secomel SlimStat. Anda boleh melihat demo FireStat di laman rasmi mereka.
Automattic Stats
Plugin yang dibangunkan oleh pembangun CMS WordPress sendiri, iaitu Automattic. Berbeza dengan SlimStat dan FireStat, anda boleh melihat statistik anda dalam bentuk graf sekiranya menggunakan plugin ini. Tetapi, anda perlu mendapatkan API key sekiranya ingin menggunakan plugin ini.














am
am guna slimstat…. am nak carik yang cam dalam wordpress.com punya… smart gile… agak2 automattic stat ni ke… sebab ade kena2 mengena ngan API tu… nak try la…
junaidix
aku lagik suka guna google analytics
mmg komprehensif la..
free gak..
emptyspace
kalau ade duit lebih, leh pakai Mint
azwanhadzree
aku guna statcounter aje. Dulu google analytics pun aku pakai, tapi aku statcounter ni pun dah cukup. mungkin aku akan try slimstat tu
kasyah
a’a..admin mana boleh top komen.tak aci..hehe. aku pakai statcounter sekarang.mungkin akan try slimstat yg ko katakan..
Fahmishah
aku pakai slimstat je….
mohdismail
aku guna StatCounter, HiStats, Google Analytics, Automattic Stat & Webstats4U.
He he..
Bagus sebenarnya guna banyak statistik ni.. buat perbandingan untuk tahu prestasi sebenar weblog kita
aman
erm..camne nak set aku kena buang dalam top commentor tue..
Reezo
Aku guna firestat!
azwanhadzree
Steps
- go to plugins
- then plugins editor
- select the top commentator plugins
- search for “filter_users” and edit accordingly
ok, that will be RM2
smartzul
Saya tak guna sangat plugin untuk statistik, sebab boleh bagi efek kepada slow atau laju akses blog dan database overload. Pernah guna satu plugin dulu tak silap namanya ShortStats rasanya. Punyalah slow blog dan ingatkan server yg salah, rupanya plugin penyebabnya.
Saya tak tahu lah plugin2 yg disyorkan di atas Ok atau tidak. Tapi saya mengelak untuk guna banyak plugin untuk blog, guna yg diperlukan sahaja.
khai
guna slimstat satu je.. oh ye x lupe sitemeter.. huhuhu… x yah le banyak2……. dua pon dah cukup..
Izzudin
apsal stat aku dari taun lepas sampai arini kosong visitors jek.. padahal yang mendownload lagu berbelas…