May 31, 2007

Google Street View

Baru beberapa hari yang lepas aku tulis pasal Microsoft Live Street nie, tetapi hari nie, Google dah mengumumkan Google Street View (serangan balas untuk Live Street). Lagi cun dan cepat loading. Google Street View nie di integratekan sekali kedalam Google Maps. Selain itu, anda juga boleh melawat lebih banyak tempat berbanding dengan Live Street. Tetapi, masih tiada perubahan di bahagian negara Malaysia. Mungkin ianya mengambil sedikit masa untuk Google membuat perkara tersebut.

So, sekiranya lepas nie anda boring-boring duduk kat rumah, boleh lepak kat Times Square atau tempat lain.

May 30, 2007

Live Street

Nampaknya pihak Google dah ada pencabar terdekat, apabila Micorosft mengumumkan Live Street, dimana pengguna boleh mengalami perasaan sebenar berada di atas jalan tersebut. And boleh melihat jalan raya, bangunan dan sebagainya dalam masa nyata. Cuma masa untuk loading mengambil masa yang sedikit lama. Dan tempat-tempat yang boleh di”lawat” dalam Live Street juga amat sedikit. Tetapi, perkara yang menariknya ialah anda tidak memerlukan pasport atau menaiki kapal terbang lagi sekiranya ingin melawat sesuatu negara.

Mungkin tidak lama lagi, Google akan mengemaskini Google Earth dengan kebolehan untuk melihat jalan raya. Kita tunggu dan lihat sahaja.

May 29, 2007

Tan Sri P. Ramlee

Amanz - P. Ramlee

Tan Sri P. Ramlee merupakan seorang pelakon, penyanyi, dan pengarah yang berjaya. Oleh kerana sumbangan beliau yang tinggi dalam bidang lakonan dan nyanyian, beliau sering dikatakan sebagai ikon hiburan Melayu samaada di Malaysia mahupun Singapura.

Nama sebenar beliau ialah Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh. Beliau telah dilahirkan pada 22 Mac 1929 di rumah nenek beliau yang mana kini di buka sebagai P. Ramlee House di Jalan P. Ramlee, Penang.

Pada 29 May 1973, beliau meninggal dunia disebabkan masalah jantung dan dikebumikan di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Sepanjang hidup beliau, beliau telah mengarah dan berlakon dalam 66 buah filem dan menulis lebih daripada 300 buah lagu.

Antara karya beliau yang telah memenangi anugerah ialah:
Skor Muzik Terbaik, Third Asian Film Festival (Hang Tuah)
Pelakon Lelaki Terbaik, Fourth Asian Film Festival (Anakku Sazali)
Filem Komedi Terbaik, Seventh Asian Film Festival (Nujum Pak Belalang)
Filem Komedi Terbaik, Eleventh Asian Film Festival (Madu Tiga)

Filem terakhir beliau ialah Laksamana Do Re Mi (1972) dan lagu terakhir beliau ialah Ayer Mata di Kuala Lumpur (1973).

Yahoo! TV - Hoax Lagi?

Sebelum nie, gempar seluruh internet apabila dikatakan akan muncul Google TV dimana pengguna boleh menonton segala rancangan kegemaran hanya melalui komputer. Walaubagaimanapun, perkara itu disangkal dan dikatakan hanyalah hoax semata-mata. Tetapi, hari nie, masa jalan-jalan kat alam maya nie, terjumpa laman Yahoo! TV. Kali nie, ianya bukanlah hoax lagi, kerana aku dah nampak sendiri.

Walaupun anda tidak boleh menonton sebarang rancangan melalui Yahoo! TV, tetapi anda boleh mengetahui sinopsis rancangan. Yahoo TV adalah salah satu tempat untuk anda mengetahui rancangan apa yang memenuhi citarasa anda dengan mengetahui sinopsis cerita, para pelakon dan sebagainya. Selain itu, Yahoo TV juga kategorikan kesemua rancangan dengan cara yang unik sekali.

Walaubagaimanapun, rancangan TV dari Malaysia masih belum di “tulis” di laman Yahoo TV (mungkin tidak akan). Tetapi anda masih boleh gunakannya sekiranya anda merupakan salah seorang kaki torrent dan meminati cerita bersiri seperti Heroes dan Lost.

May 28, 2007

M-Blogger #01

Bagi yang inginkan bahan bacaan tambahan secara offline, kini anda boleh membaca M-Blogger yang dibawakan oleh Raja Blog. Dengan reka bentuk yang boleh membuat hati anda terpikat dengan hanya melihatnya sahaja, majalah nie boleh pergi lebih jauh lagi. Menurut RajaBlog, insyaallah, dia akan mengumpul penulis dan mengeluarkan M-Blogger pada setiap bulan. Selain itu, hasil tulisan juga amat menarik dan amat berguna kepada semua orang samaada mempunyai blog ataupun tidak.

Walaubagaimanapun, semasa saya nak muat turun majalah tersebut, mungkin ramai yang menyedutnya sekali, oleh itu, saya terpaksa duduk dihadapan komputer nie selama lebih tiga puluh minit. Oleh itu, untuk memudahkan yang lain untuk muat turun, saya dah uploadkan kat MediaFire. Gunakan IDM untuk muat turun dengan lebih cepat. Tetapi, saya hanya uploadkan fail PDF sahaja. Untuk muat turun fail tutorial, sila ke laman M-Blogger.

Rahsia Online OneBytes Hosting

carian

iklaneka

websosial

mybloglog