April 24, 2007

Tips Membangunkan Blog

Hari demi hari, ramai blogger dan blog yang muncul di alam maya ini. Walaupun perkara ini mungkin membanggakan dan menunjukkan ramai yang sudah menjadi celik IT pada masa kini, masalah utamanya ialah mendapatkan pengunjung atau pembaca untuk blog kita itu. Anda juga perlu bersaing dengan blog-blog lain yang sudah mendapat pembaca setia. Berikut merupakan beberapa cara untuk anda mendapatkan pengunjung dan pembaca blog anda.

Sebelum itu, terdapat beberapa perkara yang anda perlu pertimbangkan sebelum mula membina blog.

1. Niche dan Kategori
Tetapkan apakah yang anda ingin menulis dalam blog anda itu. Sebagai contoh, jika anda lebih arif dalam IT dan Komputer, maka anda bolehlah menulis mengenai Komputer dan Teknologi semasa. Ini kerana, blog anda akan hidup dan akan memudahkan anda menulis. Cuba cari satu topik baru yang tidak diberi perhatian oleh orang lain.

2. Jadi Diri Anda Sendiri
Jangan meniru orang lain. Cuba jadi diri anda sendiri ketika menulis. Suarakan pendapat anda.

Cuba dapatkan berita-berita baru dalam niche anda. Dengan ini, anda akan lebih dikenali dan akan muncul dalam carian-carian isu terkini.

3. Dapatkan layout yang unik
Kini, anda boleh mendapatkan banyak theme dan templates secara percuma. Sebagai contoh, untuk mendapatkan theme untuk WordPress, anda boleh kesini. Walaubagaimanapun, cuba ubah serba sedikit bentuk layout dan design blog anda supaya blog anda lebih unik dan tidak seperti blog-blog lain.

Dan cuba gunakan warna-warna yang menarik perhatian pembaca. Cuba jangan gunakan warna-warna yang menyakitkan mata kerana ia boleh menyebabkan pembaca blog anda lari.

4. Gunakan CMS yang sesuai
Kini ramai yang gunakan WordPress sebagai platform utama untuk menulis blog dan diikuti oleh Blogger. Cuba gunakan platform yang anda anggap bersesuaian dengan citarasa anda.

5. Gunakan Nama Domain yang sesuai
Cuba gunakan nama domain yang senang diingati dan mengambarkan blog anda.

Membina Pengunjung

1. Menulis secara konsisten
Cuba menulis blog anda secara konsisten pada waktu dan masa yang ditetapkan. Jika boleh, cuba kemaskini blog anda setiap hari. Blog yang dikemaskini setiap hari akan mendapat pengunjung setia. Mereka akan melawat blog anda setiap hari untuk mendapatkan maklumat-maklumat dan info terkini.

2. Pilih tajuk yang sesuai
Setelah anda memilih topik atau niche yang sesuai, jangan beralih kepada yang lain. Sebagai contoh, sekiranya anda telah menulis untuk beberapa hari mengenai Hiburan dan Artis maka jangan pula tiba-tiba beralih kepada topik Politik. Ini akan mengakibatkan pembaca blog anda lari.

3. Berinteraksi dengan Pembaca
Ikuti segala komen yang diberikan oleh pembaca dan balas komen mereka. Beberapa blog yang dilawati oleh saya menetapkan untuk mendaftar untuk membolehkan anda menulis komen. Perkara ini mungkin menyebabkan tidak kesemua pembaca dapat memberikan komen secara ikhlas.

4. Tagging
Anda harus menggunakan beberapa kemudahan untuk blogger seperti Technorati. Gunakan beberapa tag yang sesuai dengan artikel anda. Jangan sesekali salah memilih tag untuk artikel anda kerana ia mungkin dianggap spam.

5. Penanda Sosial
Gunakan beberapa laman sosial untuk membolehkan anda berkongsi artikel anda dengan yang lain. Ini juga boleh memberikan backlink kepada blog dan artikel anda. Beberapa contoh laman web sosial ialah seperti Malaysia Story, dan Reddit.

6. Gunakan laman Digg sepenuhnya
Tahukah anda bahawa laman Digg di minati oleh enjin carian. Artikel-artikel yang tersenarai dilaman tersebut akan dilawati oleh enjin carian dari masa ke semasa. Ini membolehkan laman anda di index dengan cepat dan diketahui oleh orang ramai. Bagi rakyat Malaysia, mungkin mereka boleh gunakan Digg Malaysia.

7. Gunakan beberapa taktik SEO
Gunakan tajuk artikel yang sesuai dengan artikel anda. Cuba gunakan format URL yang diminati oleh enjin carian. Anda boleh setkan format URL di WordPress dibawah Permalinks.

8. Jaga tatabahasa anda
Cuba gunakan bahasa yang mudah difahami. Jangan gunakan ayat-ayat yang kasar. Cuba ulang baca artikel yang ditulis oleh anda untuk memastikan tiada sebarang kesalahan.

9. Cuba Jadi Sumber Utama dalam Niche anda
Tulis mengenai berita-berita terbaru di blog anda yang berkaitan dengan niche anda. Ini akan membolehkan para pembaca anda mendapatkan segala berita-berita terbaru hanya dari blog anda tanpa perlu melakukan carian-carian lain.

10. Dapatkan Maklumat Terkini
Gunakan RSS untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini. Sebagai contoh, anda boleh gunakan Google Alerts untuk mendapatkan berita terkini dalam topik pilihan anda terus ke dalam emel anda.

11. Gunakan Feed RSS
RSS Feed membolehkan para pembaca blog anda mengetahui segala update-update terbaru diblog anda tanpa memasuki blog anda. Walaubagaimanapun, anda boleh set supaya hanya menunjukkan separuh daripada artikel anda sahaja. Ini membolehkan para pembaca memasuki blog anda untuk mengetahui infi selanjutnya. Platform WordPress dan Blogger telah sedia pasang dengan RSS.

12. Panjang Artikel
Gunakan artikel yang pendek kerana memudahkan pembaca blog anda mengetahui isi yang penting. Elakkan menggunakan artikel-artikel yang panjang.

P/S : Mungkin anda telah boring membaca artikel saya ini kerana terlalu panjang.

13. Gunakan Pengiklanan Internet Sepenuhnya
Jika blog anda masih baru di internet, maka anda boleh menggunakan beberapa media pengiklanan dan dapatkan pengunjung. Sebagai contoh, anda boleh menggunakan NuffNang, atau SponsoreReviews untuk mendapatkan pengunjung tambahan.

Mendapatkan Pembaca Setia

Setelah membina pengunjung anda, anda perlu teruskan beberapa usaha diatas agar pengunjung anda tidak lari. Anda juga boleh menggunakan beberapa taktik dibawah.

1. Jangan Gunakan Gimik
Jangan gunakan beberapa artikel yang menggunakan topik yang salah semata-mata mendapatkan pengunjung.

2. Gunakan TrackBack
Berikan kredit yang sesuai kepada pemilik artikel berkenaan. Malah, pembaca-pembaca blog pemilik artikel berkenaan akan klik pada link trackback anda untuk membaca pandangan anda.

3. Berkongsi Maklumat
Jika anda menjumpai sebarang maklumat yang membantu menyelesaikan masalah anda, maka berkongsilah dengan orang lain.

4. Dekati Pengunjung Anda
Cuba dekati pengunjung anda dan ketahui apakah yang mereka ingini.

5. Dengar Apa Yang Dikatakan oleh Pengunjung Anda
Cuba baca dan respons segera terhadap apa yang dikatakan oleh pengunjung blog anda. Kadangkala, mereka mungkin dapat membantu membetulkan beberapa perkara.

6. Jangan lupakan artikel yang lama
Kadangkala, anda akan mendapati pengunjung lebih mengunjungi artikel-artikel yang lama. Ini mungkin disebabkan oleh enjin carian lambat mengindeks laman anda. Cuba tulis kembali dengan info terkini mengenai artikel tersebut. Ini akan mendapatkan anda lebih pengunjung.

7. Kembangkan Blog Anda Bila Tiba Masanya
Apabila pengunjung blog anda bertambah, maka anda perlukan server yang lebih sesuai untuk menampung space dan bandwith blog anda. Jangan kehilangan pengunjung blog anda disebabkan oleh beberapa server yang sering mengalami down atau ddos attack.

8. Temuramah Orang Kuat
Cuba dapatkan temuramah dengan orang-orang kuat dalam industri. Sebagai contoh, anda boleh mendapatkan temuramah daripada Saudara Syam mengenai Adsense dan menulisnya diblog anda. Pembaca yang sedang mencari maklumat mengenai Adsense akan mula mengunjungi blog anda dan mempromotenya kepada yang lain.

9. Ikuti trend semasa
Cuba ikuti trend-trend semasa. Kemaskini platform blog anda dari masa ke semasa.

Sebagai contoh, trend terkini ialah, ramai blogger yang memasang module MyBlogLog di blog mereka untuk mengetahui pembaca terkini.

10. Elakkan Bangga Diri
Setelah anda mencapai status blogger yang pro mahupun semi-pro, jangan lupakan bagaimana anda mencapai status tersebut. Ketahuilah bahawa tanpa pembaca, siapalah anda.

This is a sponsored review.

19 Responses to “Tips Membangunkan Blog”

Post A Comment


Rahsia Online OneBytes Hosting

carian

iklaneka

websosial

mybloglog