Satu Billion Spam
Semasa jalan-jalan di laman web Akismet hari nie, aku terperasan yang angka spam yang telah dihalang oleh Akismet telah menjangkau nilai 1 billion. Memang benar yang spammer kini berlambak-lambak, apatah lagi dengan munculnya pelbagai program affiliate dan sebagainya. Kadang-kala terasa seperti alamat emel aku telah dijual oleh seseorang, sebab hampir setiap hari dapat saja emel suruh join program-program yang tidak berfaedah. Walaupun aku masih tidak mengetahui cara-cara untuk lindungi alamat emel, anda boleh lindungi pemasangan WordPress anda dengan gunakan plugin Akismet. Pihak Akismet juga sedang membangunkan beberapa plugin tambahan untuk pengguna yang menggunakan CMS lain. Say no to SPAM!













