March 31, 2007

Advertlets - Majulah Bloggers Untuk Negara

Nampaknya dunia internet Malaysia akan mengalami perkembangan pesat dalam beberapa bulan lagi dengan datangnya beberapa laman-laman bertaraf dunia dan yang terbaru ialah Advertlets. Berbeza dengan laman-laman seperti bidvertiser, text-link-ads dan sebagainya, Advertlets mempunyai konsep yang amat berbeza sekali dan paling menarik ia menggunakan konsep Web 2.0.

Adverlets

Sehingga apa yang saya tahu, melalui Advertlets, pengiklan boleh memilih cara mereka hendak beriklan samada melalui iklan Video, mengadakan survey (polls), dan meminta pandangan pengguna melalui sponsored post. Dan apa yang paling menarik ialah para pengguna yang melihat iklan tersebut boleh komen keatas iklan tersebut dengan amat mudah. Dengan itu, pihak advertiser yang menggunakan Advertlets boleh mengetahui citarasa semasa pengguna.

Selain itu, bloggers juga tidak perlu risau tidak akan mendapat bayaran, atau mendapat bayaran yang sedikit. Ini kerana Advertlets menggunakan suatu sistem dimana mereka track siapa pengunjung blog kita dan menunjukkan iklan yang sesuai dengan jenis pengunjung kita. Sebagai contoh, jika majoriti pengunjung blog kita ialah wanita, maka iklan yang bakal ditunjukkan mungkin mengenai minat mereka seperti produk kecantikkan, pakaian dan sebagainya.

Beberapa perkara menarik mengenai Advertlets:

Advertlets ialah gabungan dua perkataan iaitu Advertisement ngan Applets
Menggunakan teknologi AJAX
Dibangunkan oleh Josh Lim & Associates
Bloggers akan dibayar apabila akaun anda mencapai sekurang-kurangnya RM200

Buat masa terdekat ini, Advertlets menggunakan kaedah CPM (Cost-Per-Metric) dimana para pengiklan membayar harga tetap dan mereka akan mendapat 10,000 impressions. Manakala, jika pengiklan ingin menggunakan sponsored post, maka mereka hanya perlu membuat bayaran sekali untuk setiap artikel.

Beberapa perkara yang perlu diberi perhatian oleh pihak Advertlets:

Advertlets

Saya tidak berapa pasti perkara ini terjadi disebabkan saya menggunakan IE 6 atau pun disebabkan apa. Reka bentuk laman tersebut perlu dibaiki atau penggunanya tidak dapat melihat statistik penuh laman mereka. Ini mungkin akan mengakibatkan ramai bloggers tida berpuas hati. Selain itu butang navigasi di bahagian atas laman tersebut juga tidak berubah walaupun kita telah log-in. Dan setelah kita klik navigasi lain di laman Advertlets, ianya sukar untuk kembali kepada Dashboard. Mungkin pihak Advertlets perlu menambahkan navigasi Dashboard untuk blogger setelah mereka log-in.

Saya juga berharap agar pihak Advertles menerima blog yang berbahasa Melayu untuk mereview tidak seperti Pay-Per-Post yang hanya menerima blog berbahasa Inggeris.

Bagi yang masih tak tahu macam mana rupa Advertlets, anda boleh melihat disebelah kiri, atas module Pengunjung Terkini. Begitulah contoh rupa bentuk Advertlets. Menarik bukan.

10 Responses to “Advertlets - Majulah Bloggers Untuk Negara”

Post A Comment


Rahsia Online OneBytes Hosting

carian

iklaneka

websosial

mybloglog