March 28, 2007

DiGi Fu-Yoh

Akhir-akhir nie, masa tonton TV, selalu gak terjumpa iklan dengan hanya perkataan Fu-Yoh. Balik-balik tunjuk perkataan tue jer. Oleh kerana nafsu ingin tahu yang amat kuat, aku pun buat sedikit carian kat internet dan berakhir di laman LowYat.

Selepas baca dan fahamkan, Fu-Yoh nie adalah plan terbaru daripada DiGi dimana penggunanya akan mendapat kadar berbual yang istimewa. Pada setiap hari Ahad, dari pukul 12.00 tengah malam sehingga 12.00 tengah hari, anda hanya perlu membayar untuk tiga minit terawal sahaja untuk berbual dengan pelanggan DiGi yang lain, dan minit-minit seterusnya diberikan secara percuma. Setelah membuat sedikit pengiraan, harganya lebih kurang RM 1.14 (RM0.38 x 3) untuk berbual selama 12 jam. Anda boleh membaca perkara selanjutnya di laman rasmi DiGi Fu-Yoh.

Mungkin tidak lama lagi, Maxis Hotlink dan Celcom Xpax akan membuat serangan balas mereka. Kita tunggu dan lihat sahaja. Tetapi, takut juga samaada line akan jam atau tidak. Sebab sebelum nie, Maxis dan Celcom ada membuat SMS tanpa had secara percuma pada waktu tengah malam. Dan setiap kali nak hantar mesej, akan keluar “Message Sending Failed”.

16 Responses to “DiGi Fu-Yoh”

Post A Comment


Rahsia Online OneBytes Hosting

carian

iklaneka

websosial

mybloglog