Web Malaysia Bertaraf Dunia
Ramai yang tidak mengetahui kewujudan beberapa laman web Malaysia yang bertaraf antarabangsa, dimana fungsi dan penggunaanya menyamai dan malah melebihi taraf web lain yang memberikan servis sepertinya. Dalam banyak-banyak web tersebut, disini saya susunkan tiga web yang amat berguna.
1. Mejuke
(Alternatif ImageShack)
Pembangun : MD Pai
Salah satu laman web untuk hosting imej. Konsepnya lebih kurang seperti ImageShack, dimana pengguna tidak perlu mendaftar untuk menggunakannya. Malah, ianya dilengkapi dengan AJAX untuk memudahkan anda zoom dan memilih saiz pilihan anda.
2. urList
(Alternatif TinyURL)
Pembangun : Hafiz
Web untuk kecikkan (shrink) URL anda yang panjang. Biasanya digunakan untuk menyembunyikan link-link affiliate dan URL yang amat panjang. Konsepnya yang sama seperti TinyURL, tetapi dilengkapi dengan fungsi carian dimana pengguna juga boleh melakukan carian pada masa yang sama.
3. BlogMas
(Alternatif WordPress.com)
Pembangun : Adar
Servis blog hosting percuma dengan kebebasan untuk anda memilih tema dan plugin. Konsep dan cara penggunaan yang sama seperti WordPress.com kerana kedua-duanya menggunakan WordPress MU. Walaubagaimanapun, BlogMas memberikan anda peluang untuk memasukkan kod Google Adsense dalam blog anda dan menjana duit melaluinya.














neutronics
err.. t-warez.com Malaysia punye x?
(setahu aku la)
sbb main admin dia org Malaysia
melayu boleh - blog en. aku
Website-website kebanggaan rakyat Malaysia. Syabas!
chot
junaidix dn msjbox nya ko xletak? org malaysia pertama buat shoutbox siot..
neutronics
err.. syoktv tu dah kena bayar la.. adeih.. xpat tgk tv free laie..
aman
try VeohTv lak…tapi bukan channel malaysia ar..