September 22, 2006

Ramadhan Menjelang Tiba

Ramadhan menjelang tiba lagi sekali. Aku amat berharap agar dapat menyempurnakan puasa 30 hari tanpa sebarang masalah. Insyaallah. Selamat berpuasa kepada semua.

Kelebihan dan Keistimewaan Ramadhan

1. Bulan agung yang dipenuhi dengan pelbagai jenis amal ibadah (puasa, terwaih, sedekah, iktikaf, doa, munajat, tadarus, dan sebagainya)
2. Bulan keampunan, rahmat, keberkatan dan janji pelepasan dari api neraka
3. Bulan pembersihan jiwa melalui munajat, taubat, doa dan sebagainya serta dapat meningkatkan sifat sabar, tabah, belas kasihan dan sebagainya.
4. Bulan didalamnya ada Lailatul Qadar yang lebih baik dari 1000 bulan
5. Bulan permulaan Al-Quran diturunkan
6. Bulan pintu syurga di buka dan pintu neraka ditutup
7. Bulan syaitan diikat dan dibelenggu
8. Bulan pahala dan ibadah dilipatganda-kan. Amalan sunat dikira sebagai pahala amalan fardhu dan amalan fardhu pahalanya sehingga 700 kali ganda.

??ai orang-orang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa??
- Al-Baqarah : 183

??pabila tiba bulan Ramadhan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu??
- Hadis riwayat Bukhari & Muslim

13 Responses to “Ramadhan Menjelang Tiba”

Post A Comment


Rahsia Online OneBytes Hosting

carian

iklaneka

websosial

mybloglog