September 27, 2006

Jaringan Generasi Baru Internet - Internet Protokol Ke-6

Ketika negara kita masih tengah dalam keadaan teruja dengan kehadiran Streamyx dan Jaring Broadband, negara China pula melangkah jauh lebih satu tapak dengan hasilkan jaringan generasi baru internet. Menurut laporan yang aku baca malam semalam, China akan mengemaskini jaringan internet mereka kepada Internet Protokol Versi Keenam.

Kelajuan menghantar maklumat antara 2.5 gigabait sehingga 10 gigabait sesaat. Kelajuan internet nie adalah 100 kali ganda lebih pantas berbanding dengan internet di Malaysia. Kelajuannya diluar sempadan. Muat turun anime dan movie dalam jangka masa beberapa saat sahaja. Kita masih ketinggalan dengan 3G.

September 22, 2006

Ramadhan Menjelang Tiba

Ramadhan menjelang tiba lagi sekali. Aku amat berharap agar dapat menyempurnakan puasa 30 hari tanpa sebarang masalah. Insyaallah. Selamat berpuasa kepada semua.

Kelebihan dan Keistimewaan Ramadhan

1. Bulan agung yang dipenuhi dengan pelbagai jenis amal ibadah (puasa, terwaih, sedekah, iktikaf, doa, munajat, tadarus, dan sebagainya)
2. Bulan keampunan, rahmat, keberkatan dan janji pelepasan dari api neraka
3. Bulan pembersihan jiwa melalui munajat, taubat, doa dan sebagainya serta dapat meningkatkan sifat sabar, tabah, belas kasihan dan sebagainya.
4. Bulan didalamnya ada Lailatul Qadar yang lebih baik dari 1000 bulan
5. Bulan permulaan Al-Quran diturunkan
6. Bulan pintu syurga di buka dan pintu neraka ditutup
7. Bulan syaitan diikat dan dibelenggu
8. Bulan pahala dan ibadah dilipatganda-kan. Amalan sunat dikira sebagai pahala amalan fardhu dan amalan fardhu pahalanya sehingga 700 kali ganda.

??ai orang-orang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa??
- Al-Baqarah : 183

??pabila tiba bulan Ramadhan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu??
- Hadis riwayat Bukhari & Muslim

September 10, 2006

Cara Menangani Virus

Disconnect Rangkaian Korang
Kalo komputer korang berada dalam satu rangkaian yang besar, contohnya macam kat cyber cafe, kan komputer akan bersambung antara satu sama lain, korang kena disconnect komputer yang dah kena jangkitan supaya virus tidak merebak dari satu komputer ke komputer yang lain. Korang boleh mengabaikan perkara nie jika korang hanya ada satu komputer, cam kat rumah.

Scan dan Buang Virus
Gunakan antivirus korang untuk scan fail-fail yang tercemar dengan virus. Biasanya, lepas habis scan keseluruhan fail, software antivirus korang akan bagi korang pilihan samaada nak delete terus fail tue atau kuarantin kan fail tersebut. Aku cadangkan kalo fail tu tak penting, delete je terus.avg free
Contoh antivirus yang di rekemenkan : Kapersky, AVG Free, Nod 32.

System Restore
Selepas selesai membuang fail yang terkena virus tue, restorekan komputer korang ke keadaan sebelumnya. Kalo nak buat nie, gi kat Accessories > System Tools > System Restore. Program nie akan restart komputer korang. Selepas habis restart, program nie akan bagitau samaada System Restore korang berjaya atau tak. Kalo tak berjaya pilih tarikh lain untuk di restorekan.
p/s : Selalukan diri korang untuk buat ??ave Restore Point” kat System Restore.

Reinstall
Kalo masalah korang tak setel gak, install je balik Windows yang baru. Selalu masa beli komputer, dia ada bagi CD Windows sekali. Kalo tak, sekali sekala tue pakai ar Distro Linux cam UBUNTU??r

P/S : aku ade 5 keping CD Kubuntu kat rumah. Kalo korang nak, contact aku.

Rahsia Online OneBytes Hosting

carian

iklaneka

websosial

mybloglog