August 31, 2006

Nama Domain Murah

Tadi terjumpa iklan Mercu Maya dimana diorang bagi setiap domain dot com pada harga RM26 dan tiada caj tersembunyi.

.com at RM26.00 per year for new registration only.
.net at RM26.00 per year for new registration only.
.org at RM26.00 per year for new registration only.
.info at RM26.00 per year for new registration only.
.biz at RM26.00 per year for new registration only.
.name at RM26.00 per year for new registration only.
.us at RM26.00 per year for new registration only.
.cc at RM70.00 per year for new registration only.
.tv at RM100.00 per year for new registration only.
.com.my at RM66.00 per year for new registration only.
.net.my at RM66.00 per year for new registration only.
.org.my at RM66.00 per year for new registration only.

Aku promote menda nie pun tak dapat untung satu sen pun, tetapi cuma nak lihat bloggers Malaysia kita mempunyai dot com mereka sendiri. Ermm…promosi nie tamat pada 15 September 2006. Mungkin sempena hari kemerdekaan kot.

YouTube Movie Downloader

Kini YouTube dah menjadi satu fenomena. Dikatakan bahawa ribuan video-video baru yang diupload pada setiap hari, dan jutaan video yang ditonton oleh orang ramai. Malah dengan kebolehan untuk embed video di blog, ianya menjadi popular dalam masa yang amat singkat. Walaupun terdapat beberapa pesaing seperti Metacafe dan sebagainya, YouTube masih dapat bertahan dengan kukuh.

Dan mungkin ramai yang teringin untuk menyimpan video-video dari YouTube untuk tontonan secara offline. Terdapat beberapa laman yang membenarkan anda memuat turun video dari YouTube dengan mudah seperti DownThisVideo dan YouTubeX. Tetapi, sekiranya anda ingin memuat turun dengan lebih mudah, anda boleh menggunakan perisian YouTube Movie Downloader dari Feneris.

August 29, 2006

Digg Versi Malaysia

Sebelum nie, Ariff Samani ada bagi cadangan kat aku supaya buat satu web cam Digg. Tetapi malangnya dah terlambat sebab dah ada laman serupa untuk pengguna Malaysia, iaitu Digg Malaysia.

Tetapi satu perkara yang menyedihkan ialah pembangun laman tersebut meniru idea laman Digg seratus peratus tanpa sebarang perubahan, termasuk namanya, dan reka bentuk laman tersebut.

Lelong - eBay Versi Malaysia?

Pernah tak korang perasan yang eBay Malaysia amat sunyi berbanding dengan laman Lelong? Ya, pengunjung yang mengunjungi laman Lelong adalah lebih tinggi berbanding yang mengunjung laman eBay Malaysia.

Perkara nie membolehkan kita menjual barang kita lebih cepat di Lelong berbanding dengan di eBay Malaysia. Tetapi, jika korang nak jual dengan lebih cepat, gi kat eBay. Walaubagaimanapun, leceh sedikit nak daftar kat eBay kerana meminta nombor kad kredit dan sebagainya. Tetapi, jika di Lelong pula, anda perlu mendaftarkan nombor telefon bimbit anda, dan kodnya akan dihantar ke telefon bimbit anda. Seterusnya anda boleh mula bid atau jual barangan anda.

Perkara amat penting yang tidak harus anda lupa ialah jika anda terlambat sedikit untuk menghantar barangan kepada pembeli, kemungkinan besar akaun anda akan digantung dan untuk membukanya balik, anda haruslah menjadi Verified Member.

Dan apa yang menariknya ialah, jika anda mendaftar menjadi member Lelong hari nie, anda berpeluang memenangi RM8,888 melalui cabutan bertuah.

August 28, 2006

Filem Melayu - Gong

Dah lama tak review pasal filem. Lagipun, akhir-akhir nie cerita Melayu di pawagam amat sedikit. Mungkin nanti raya baru nak attack pawagam kot.

Cerita ini mengisahkan tentang lima orang mahasiswa dan mahasiswi dari UITM yang sedang dalam percutian di Jogyakarta, Indonesia. Di sana, mereka melawat muzium seni Jogya yang menyimpan banyak sejarah seni dan artifak lama. Satu gong yang begitu unik menarik perhatian mereka. Apabila salah seorang daripada mereka menyeludup membawa gong tersebut keluar, empat rakan yang lain memprotes.

Dan sesuatu yang menyeramkan mula berlaku apabila gong tersebut berbunyi dan memberi petanda buruk. Pada waktu malam, lembaga hitam muncul dan menganggu mereka. Sejak itu, mereka berhadapan dengan pelbagai insiden yang menakutkan.

Rahsia Online OneBytes Hosting

carian

iklaneka

websosial

mybloglog