Radio Internet - Dengar Lagu Sambil Surfing
Sekarang nie dah banyak laman komuniti yang tumbuh bagaikan cendawan tumbuh lepas hujan. Dan apa yang paling menarik ialah, hampir setiap laman komuniti tersebut mempunyai Radio Internet diorang yang tersendiri dengan branding yang amat menarik. Mungkin kerana harga nak sewa server ShoutCast yang amat murah (serendah RM30) membolehkan Radio Internet nie terus survive di alam internet. Lagipun, kesemua D.J adalah sukarelawan.
Okey, kat bawah nie, adalah dua Radio Internet yang amat top kat Malaysia, malah bilangan pendengarnya juga amat ramai. Dendangan lagu juga amat smooth dan tidak menjejaskan pelayaran internet anda.
1. Jiwang FM
Sapa yang tak kenal Jiwang kan? Antara laman web terawal di Malaysia. Malah, sampai hari nie aku masih tak tau sapa orang sebenar di sebalik nama Jiwang Abdul Karatz. User database juga amat ramai, jadi semestinya Radio Internet diorang pun amat layan gak. Dan yang specialnya, korang gak boleh embed kod Radio tersebut di blog atau web korang.
2. Fungkur FM
Radio internet nie dibuat oleh komuniti Fungkurs. Dulunya, Fungkurs nie adalah salah seorang mod kat Jiwang dan Fungkurs-Network hanyalah blog milik dia sahaja. Tetapi, mula menubuhkan komuniti tersendiri baru-baru nie khas untuk kipas-susah-mati anime.














Komandotrg
Fulamak…..