July 28, 2006

Slimstat - Ketahui Statistik Blog Anda

Semalam aku try pasang script baru nie kat server aku. Walaupun server aku dah sediakan cPanel ngan AWStat sedia ada, tapi kalau guna lebih dari satu lagi bagus rasanya sebab boleh tahu statistik yang amat tepat sekali. Lagipun, SlimStat nie amat ringan dan tidak menjejaskan masa loading blog anda. Anda hanya perlu masukkan sedikit kod dibahagian header atau footer untuk membolehkan SlimStat track visitor dan sebagainya.

Selain itu, SlimStat juga menunjukkan perkara lain seperti dari mana pengunjung kita datang, apa kata kunci yang digunakan di enjin carian (Google, Yahoo) untuk tiba di blog kita, bila bilangan pengunjung kita maksimum dan sebagainya.

July 11, 2006

ShoutBox Versi Malaysia

Makin hari makin banyak blog baru yang timbul di alam maya nie. Dan apa yang paling menarik ialah hampir setiap blog mempunyai shoutbox di blog mereka. Tetapi tahukah anda, dalam banyak-banyak servis ShoutBox percuma diluar sana, terdapat juga laman Malaysia yang menyediakan servis tersebut untuk bloggers tempatan.

1. MsjBox
Shoutbox nie memang dah takyah diperkenalkan lagi kerana telah di gunakan oleh hampir keseluruhan bloggers Malaysia. Antara feature yang menjadi punca kegilaan orang ramai terhadap servis ini ialah kerana tuan punya blog boleh membalas kesemua mesej yang ditinggalkan oleh pengunjung, iaitu ia menjadi salah satu cara untuk berinteraksi. Tetapi, malangnya anda perlu mendapatkan invitation untuk menggunakannya.

2. TagBoard
Servis nie pulak kurang popular berbanding dengan MsjBox, tetapi ramai juga yang menggunakannya. Fungsinya sama dengan MsjBox (anda boleh bacanya di sini). Dibangunkan oleh bro Imran kita.

July 2, 2006

Radio Internet - Dengar Lagu Sambil Surfing

Sekarang nie dah banyak laman komuniti yang tumbuh bagaikan cendawan tumbuh lepas hujan. Dan apa yang paling menarik ialah, hampir setiap laman komuniti tersebut mempunyai Radio Internet diorang yang tersendiri dengan branding yang amat menarik. Mungkin kerana harga nak sewa server ShoutCast yang amat murah (serendah RM30) membolehkan Radio Internet nie terus survive di alam internet. Lagipun, kesemua D.J adalah sukarelawan.

Okey, kat bawah nie, adalah dua Radio Internet yang amat top kat Malaysia, malah bilangan pendengarnya juga amat ramai. Dendangan lagu juga amat smooth dan tidak menjejaskan pelayaran internet anda.

1. Jiwang FM
Sapa yang tak kenal Jiwang kan? Antara laman web terawal di Malaysia. Malah, sampai hari nie aku masih tak tau sapa orang sebenar di sebalik nama Jiwang Abdul Karatz. User database juga amat ramai, jadi semestinya Radio Internet diorang pun amat layan gak. Dan yang specialnya, korang gak boleh embed kod Radio tersebut di blog atau web korang.

2. Fungkur FM
Radio internet nie dibuat oleh komuniti Fungkurs. Dulunya, Fungkurs nie adalah salah seorang mod kat Jiwang dan Fungkurs-Network hanyalah blog milik dia sahaja. Tetapi, mula menubuhkan komuniti tersendiri baru-baru nie khas untuk kipas-susah-mati anime.

Rahsia Online OneBytes Hosting

carian

iklaneka

websosial

mybloglog