June 14, 2006

Text-Link-Ads : Buat Duit Dengan Menjual Link

Baru sahaja beberapa hari yang lepas saya menyertai program nie melalui link dari blog Cypherhackz. Lagipun, aku dengar ramai yang dah join program nie kerana ia tidak menganggu visitor kita disamping membantu kita generate sumber kewangan supaya kita lagi bersemangat menulis blog.

Apakah itu Text-Link-Ads?
Text-Link-Ads ialah pihak ketiga yang menolong kita menjual link berbentuk teks di blog kita. Bayaran adalah dibuat secara bulanan, dimana anda mendapat 50% daripada hasil yang dapat dan 50% pihak TLA amik sebagai upah. Bayaran akan dibuat samaada melalui PayPal ataupun Cek.

Dan perkara yang amat menarik perhatian orang ramai adalah kerana anda boleh menggunakan Text-Link-Ads bersama-sama dengan Google Adsense kerana ia tidak melanggar sebarang peraturan dari pihak Google.

Antara sebab mengapa ramai advertiser menggunakan TLA adalah disebabkan mereka boleh mendapat back link dengan kadar yang lebih cepat dan boleh index dalam enjin carian terkemuka seperti Google dan Yahoo! Oleh kerana itu, jika Page Rank anda lagi tinggi, maka harga untuk blog/web anda juga akan menjadi lebih tinggi. Walaubagaimanapun, setakat ini saya masih belum mengetahui sebarang blog atau web berbahasa melayu yang telah menjana duit melalui Text-Link-Ads.

Update: Kini Text-Link-Ads menyediakan plugin untuk pengguna WordPress dimana anda tidak perlu bersusah payah lagi untuk copy-dan-paste kod yang diberikan. Disamping itu, ia juga telah memperkenalkan kaedah baru dimana anda juga boleh menjual link di post anda

Post A Comment


Rahsia Online OneBytes Hosting

carian

iklaneka

websosial

mybloglog